"Taraf Pengakap Raja Matlamat Kami"

Tuesday, October 28, 2008

Kem Pentarafan Pengakap Raja Negeri Perak

Kem Pentarafan Pengakap Raja Negeri
Lokasi:Kem Kota Layang-Layang Kiri Bota Parit.
Tarikh:Mac atau April
Ujian/Kemahiran Diuji:1.Buku Log yang kemaskini.
2.Peti pertolongan cemas.
3.Kraftangan
4.Pertolongan Cemas (praktikal)
5.Taraf Perkhemahan
6.Simpulan dan Ikatan
7.Teori Kepengakapan
8.Rambu pengakap raja
9.Kawat tongkat
10.Sambat Mata dan sambat balik
11.Nasi Goreng
12.Lisan/Temuduga
13.Tarian tradisional
14.Kawat Kaki

Kem Ujian Sikap Negeri Perak

Tarikh:0gos atau September
Ujian/Kemahiran yang diuji:
1.Buku Log (hendaklah dikemaskini)
2.Model Projek perintis
3.Tempat berteduh (bivouac)
4.Pertolongan Cemas
5.Ekspedisi jalan kaki
6.Masakan rimba (backwood)
7.Plaster cast tapak kaki haiwan
8.Aplikasi simpulan
9.Aplikasi ikatan
10.Taraf perkhemahan
11.Kawat Kaki
12.Khidmat Masyarakat
13.Pemerhatian sikap (demerit)
*semua ujian adalah dalam bentuk pengujian individu.
*Tidak boleh gagal dalam 3 ujian (syarat LULUS Ujian Sikap)
*Sebarang pindaan akan dimaklumkan oleh pihak negeri.

Friday, October 24, 2008

Ke arah Pengakap Raja

MENYUSUR LALUAN MENCAPAI KEMUNCAK.....

1.Pengakap Muda:
Lulus Skim Lencana Pengakap Muda (Usaha,Maju,Jaya & Lencana Kepandaian)
2.Pengakap Remaja:
Lulus dan diperakui kemahiran/kebolehan diperingkat Daerah bagi Lencana Kenegaraan,Lencana Kemahiran,Lencana Kegiatan,Lencana Ekspedisi dan Lencana Perkhidmatan.
3.Anugerah Rambu Pengakap Remaja
4.Hadir dan Lulus Ujian Sikap Negeri
5.Hadir dan Lulus Pentarafan Pengakap Raja Negeri
6.Dipertimbangkan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri Perak.
7.Menerima Sijil Pengakap Raja daripada DYMM Seri Paduka Sultan Perak.

Thursday, October 23, 2008

Lencana Perkhidmatan

5.Lencana Perkhidmatan:
5.1Lulus & mempunyi satu sijil (sijil asas pertolongan cemas atau sijil asas kebombaan atau Bronze medallion)
5.2 Perkhidmatan Masyarakat selama 24 jam dlm tempoh 9-12 bulan.Direkod dalam log.

Lencana Ekspedisi


4.Lencana Ekspedisi:
4.1 Mengetahui teori:
-Kebolehan membaca peta dan guna kompas
-Membuat laporan pengembaraan dan menyedia peta lakar laluan.
-Membuat kajian.
-Memilih keperluan dan kelengkapan untuk pengembaraan 24 jam.
4.2 Ekspedisi 24 jam Berjalan kaki 40km berkumpulan 4-8 orang.

Lencana Kegiatan


3.Lencana Kegiatan:
Mempunyai pengetahuan yang cukup berkenaan dalam 7 perkara;namum LMS menetapkan bagi tahun 2009 ialah;
3.7 Pertanian
a.Selama 3-5 bulan dengan keluasan tanah minumum 10m X 10m,dalam berkumpulan 4-8 org
sediakan;
-5 jenis pokok/sayuran/bunga.

Lencana Kenegaraan


1.Lencana Kenegaraan/Jayadiri:
1.1Teori dan ujian bertulis berkaitan;
a.Parlimen
b.Kabinet Malaysia
c.Senarai kerajaan pusat/negeri dan bersama
d.Pendapatan dan kewangan negara
e.Sejarah Malaysia
f.Peta,lambang Negeri di Malaysia

Lencana Kemahiran


2.Lencana Kemahiran:
Telah mencapai darjah kemahiran dlm Skim Lencana Pengakap Muda.
2.1Menghadiri kem kemahiran 3 hari 2 malam.
2.2Amali & Ujian Kemahiran;
a.Aplikasi 10 Simpulan & ikatan
b.Aplikasi sistem takal dan pancang
c.Projek perintis berpatrol
d.Kemahiran Orienteering (kemampuan guna kompas & baca peta)
e.Membina bivouac dan backwoods
f.Mengenali 5 jenis tapak dan membuat 2 jenis plaster casts.
g.Estimation (tinggi/lebar/deras)
h.Membuat 1 model projek perintis
i.Pilih satu (lempar tali/abseil/12 halangan komando.
j.Kemaskini Log.