"Taraf Pengakap Raja Matlamat Kami"

Wednesday, January 21, 2009

PENTING:Aktiviti 2009

Merujuk kepada Mesyuarat Penyelarasan Program PPM LMS pada 10 Januari 2009 dan Taklimat Kepada Pesuruhjaya Daerah LMS pada 16 Januari 2009 adalah dengan ini dimaklumkan;

1.Bahawa semua aktiviti Ahli-ahli Pengakap kelolaan Daerah,Zon dan kumpulan boleh dijalankan dengan syarat Pendaftaran kumpulan dan ahli diutamakan terlebih dahulu.

3.Harap maklum bahawa keputusan ini diambil atas dasar;

3.1 Bahawa PPM LMS tidak akan berkompromi atas isu keselamatan dan tanggungjawab undang-undang kepda ahli-ahli pengakap LMS.
(Bah.III Seksyen V perkara 29 dan Seksyen VII perkara 47 POR adalah dirujuk)
3.2 Kepercayaan yang diberi oleh para ibubapa/penjaga,Pentadbir-Pentadbir Sekolah,Kuasa-kuasa Penganjur Kumpulan dan Pejabat Pelajaran Daerah.

4.Kumpulan sekolah boleh memuat-turunkan Borang Pendaftaran 2009 di sebelah kanan blog ini dan hendaklah dimukakannya kepada daerah untuk urusan pembayaran kepada HQ dan Negeri.Pendaftaran boleh dibuat sekarang.
Bagi kumpulan yang mempunyai calon untuk Kem Pentarafan perlu dibuat dengan kadar segera.

5.Semua borang pendaftaran hendaklah diserahkan kepada;
En.Rosmizin Bin Ibrahim
ADC Pentadbiran Daerah LMS
d/a Maktab Rendah Sains Mara 34000 Taiping.
(Tel:0125554283)

Sekian dimaklumkan.

Friday, January 9, 2009

Program Negeri Perak 2009

Unit Pengakap Muda & Remaja:
1.Kem Pentarafan Pengakap Raja Negeri Perak:
Tarikh:26-29 Mac 2009 Tempat:Kem Kota Bota Parit.
2.Kursus Ketua Patrol (25-28 Jun 09 di Kem Kota Bota)
4.Kem Ujian Sikap Negeri Perak:
Tarikh:6-9 Ogos 2009 Tempat:Kem Kota Bota Parit.

Untuk Pemimpin Pengakap:
1.Bengkel Panel Log Pengakap Tarikh:20-21 Feb 2009 Tempat:Taiping
2.Kursus Penolong Pentaraf Pengakap Raja Ng.Perak Tarikh:5-8 Mac 2009 Tempat:Kem Kota
3.Kursus Kemahiran Teknik Berpengakap Tarikh:17-19 Julai 2009

Lain-Lain Program:

1.Kem Rambu PKK Negeri Perak (24-26 April 2009 Teluk Intan)
2.Kursus Ketua Patrol Ng.Perak (25-28 Jun 2009 Kem Kota)
3.Pekbori PKK Negeri (2-4 Okt 2009 Taiping)
4.JOTA (Okt 2009 Taiping)

Jambori 2009:
1.Pahang Rover Moot (Feb/Mac di Kem Tengku Mahkota Bandar Jengka)
2.Jambori Melaka Ke-7 (30Mei-6Jun 09 di Bukit Katil Melaka)
3.Jambori A/Bangsa Riau Indonesia (Ogos)
4.Jambori Asia Pasifik ke-26 (27 Dec-3Jan di Los Banos Laguna Filipina)