"Taraf Pengakap Raja Matlamat Kami"

Thursday, February 5, 2009

Persediaan Kem Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2009

Calon-Calon LMS (seperti senarai nama di bawah) mestilah;
1.Mendapat kebenaran ibubapa dan sekolah.
2.Mestilah ahli yang telah berdaftar atau telah memperbarui pendaftaran bagi tahun semasa.
3.Sihat tubuh badan.
4.Berkemampuan dari semua aspek kesiapsiagan diri dan kehendak serta keperluan Lembaga Pentaraf Pengakap Raja.
5.Diperakui oleh DC LMS.

Syarat Lulus:

1.Lulus kem Ujian Sikap Pengakap Raja.
2.Telah melaksanakan Bulan Kerja Pengakap.
3.Mengikuti SEMUA ujian Pentarafan.
4.Lulus 70% bagi Ujian Taraf Perkhemahan.
5.Tidak boleh GAGAL lebih dari 3 Ujian pentarafan.Markah lulus ialah 50% bagi tiap ujian.
6.Tidak melakukan sebarang kesalahan atau pelanggaran disiplin/perintah tetap kem.
7.Memenuhi syarat seperti dalam borang PPR(02) dan PPR (03).
8.Mencapai Darjah Tertinggi yg diputuskan oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja.

Ujian-Ujian Pentarafan Pengakap Raja:
1.Peti Pertolongan Cemas
2.Log (Siap/kemas/telah disemak oleh Daerah)
3.Kraftangan (buatan sendiri)
4.Taraf Perkhemahan
5.Pertolongan Cemas (Pratikal)
6.Simpulan & Ikatan (pratikal)
7.Teori berpengakap
8.Rambu Pengakap Raja (masa kurang 1 jam)
9.Kawat Tongkat Dan Kawat Kaki
10.Sambat Mata & Sambat Balik
11.Nasi Goreng
12.Lisan/Temuduga
13.Tarian Tradisional (pemarkahan individu)

(Ingatan:semua ujian adalah secara individu)

*Pihak Pejabat Pelajaran Daerah,Kuasa-Kuasa Penganjur,PPMD LMS,pemimpin kumpulan dan seluruh ahli mengucapkan 'Selamat Berjaya' dan buktikan yang anda benar-benar Layak menjadi Pengakap Raja.

No comments:

Post a Comment