"Taraf Pengakap Raja Matlamat Kami"

Friday, August 7, 2009

Kem Ujian Sikap Negeri 2009

Dimaklumkan bahawa program tersebut DITANGGUHKAN sehingga tarikh baru yang akan dimaklumkan kelak oleh PPM Negeri Perak.
Justeru itu semua program yang dijadualkan untuk calon-calon Ujian sikap LMS juga ditangguhkan.
Kepada semua calon LMS sila ambil perhatian:
Gunakan masa dan tempoh yang ada ini untuk menyiapkan semua tugasan berkaitan 5 Lencana Tertinggi dan gunakan masa juga untuk menyiapkan Log dan rancanglah sebaik mungkin untuk persiapan Kem Ujian Sikap Negeri yang akan dimaklumkan kelak.

Thursday, August 6, 2009

Semakan Buku Log

Tarikh:8 Ogos 2009 (Sabtu)
Jam:8.30pg - 12.00tgh
2.30ptg - 5.00ptg

Tarikh:9 Ogos 2009 (Ahad)
Jam:9.00pg - 11.30pg
2.00ptg - 6.00ptg

Tempat:No.30 Jln Larah Maju Tmn Changkat Larah Maju Kamunting
(Sebelah kanan depan Caltex Jln Taiping Batu Kurau)
(Sebelah Kem Tahanan ISA Kamunting)

*Lokasi Asal dibatalkan kerana kes H1N1

Wednesday, August 5, 2009

Terima Kasih Kerana Berani Gagal

Keputusan Kem Kemahiran 2009

Setelah disemak dan diteliti semua peserta mendapat purata 65% daripada keseluruhan.Namun untuk melayakkan anda ke Ujian Sikap Pengakap Raja 2009,anda adalah dikehendaki;

1.Membuktikan Program Lencana Kegiatan telah siap atau telah dijalankan.
2.Program Lencana Perkhidmatan juga telah disiapkan.
3.5 buku Log Lencana Tertinggi siap dan dihantar untuk semakan sebelum jam 9.00mlm Ahad 9 Ogos 2009.
4.Lain-lain Log (Unit Muda) sila dapat pengesahan Pemimpin kumpulan dan Penguji Daerah dan tarikh akhir untuk semakan seperti perkara 3 diatas.
(17 Buku Log)

Semak Log:8 Ogos 2009 Sabtu mulai jam 8.30pg di SK.Kamunting

Juga sila ambil perhatian:
1.Sila pastikan semua kumpulan telah menerima surat daripada JPN untuk Kem Sikap ini.Pergerakan tanpa pengetahuan adalah tanggungjawab sendiri.